Thursday, November 1, 2012



MAGNESIUM ( ANTI DEPRESSI SEMULA JADI )

Apa itu magnesium
Magnesium

Secara purata, jumlah simpanan magnesium dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam tisu lembut dan cecair badan. Walaupun sedikit, magnesium terbabit dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting. Secara umumnya, magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid, membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan.Paras magnesium dalam badan mudah berkurangan akibat faktor seperti tekanan, aktiviti fizikal yang lasak dan pengambilan sesetengah jenis ubat. Dengan itu, pengambilan makanan tambahan sangat digalakkan. Sumber makanan yang kaya dengan magnesium termasuklah bijirin penuh, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kerangan.



Fungsi-fungsi magnesium (MAG)
  • mengekalkan fungsi saraf secara normal
  • mengelakkan kekejangan otot
  • menyokong sistem imun dan menguatkan tulang
  • mengawal tahap gula dalam darah
  • merehatkan otak ( migrain )
  • mencantikkan usus bagi mengelakkan sembelit
Magnesium terdapat dalam sayur