Sunday, August 9, 2015


DMAG
It's only fair to share...

Dalam bidang perubatan, magnesium hidroksida digunakan untuk menghasilkan susu magnesia; magnesium sulfat dalam penghasilan garam Epsom manakala magnesium klorida, oksida, glukonat, malat, oratat, dan sitrat digunakan sebagai makanan tambahan zat magnesium.

Magnesium organik penting bagi kedua-dua haiwan dan tumbuhan. Klorofil merupakan porifrin berpusat magnesium. Keperluan gizi seharian bagi orang dewasa, yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor, seperti jantina, berat dan saiz, adalah 300-400 mg/hari. Banyak enzim memerlukan kehadiran ion magnesium untuk tindakan mangkinan, terutamanya enzim yang mempergunakan ATP. Pemakanan yang kekurangan magnesium selalunya boleh mengakibatkan kekejangan otot, yang biasanya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, diabetis, tekanan darah tinggi, dan osteoporosis. Kekurangan akut zat magnesium sangat jarang berlaku.


Sayur hijau seperti bayam membekalkan magnesium kerana pusat molekul klorofil mengandungi magnesium. Kekacang, biji-bijian dan sesetengah bijian sempurna, adalah sumber magnesium yang baik.

Walaupun magnesium terdapat pada kebanyakan makanan, ia biasanya wujud dalam jumlah yang sedikit. Seperti kebanyakan nutrien, keperluan seharian magnesium tidak dapat dicapai melalui hanya satu jenis makanan. Memakan beraneka jenis makanan, termasuklah lima sajian buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari dan banyak bijian, akan memastikan keperluan pemakanan magnesium yang mencukupi.

Air juga boleh membekal magnesium, tetapi kandungannya berubah-ubah mengikut bekalan air. Air liat mengandungi lebih banyak magnesium berbanding dengan air lembut. Tinjauan gizi pemakanan tidak mengambil kira pengambilan daripada air, dan ini mungkin akan menyebabkan penganggaran lebih rendah dalam jumlah pengambilan magnesium dan kebolehubahannya.


Di bawah adalah satu senarai gejala dan tingkah laku yang menunjukkan kemungkinan besar kekurangan magnesium[1] dalam tubuh badan. Jadi, kalau seseorang boleh mengenal pasti 12 gejala atau tabiat / tingkah laku dirinya seperti yang disenaraikan dibawah, maka pengambilan magnesium boleh menolong anda:-
luka / lebam yang lambat sembuh (selain dari disebabkan kencing manis)
mudah naik angin / marah
angin (sakit dada tetapi sebenarnya sakit jantung
mudah rasa cemas
degupan jantung yang tidak stabil
penyakit lelah (asma)
migraine
bronkitis
sindrom letih keterlaluan
rasa sejuk di hujung jari/kaki
susah nak berfokus / beri perhatian
senang keliru
murung
kencing manis (diabetes) jenis 1 dan 2
fibromyalgia (sejenis sakit otot / sendi
ketagihan karbohidrat, coklat, masin, makanan segera
tersedak / tercekik apabila makan, minum
kerap sakit kepala
sakit jantung
degungan jantung terlalu cepat
tekanan darah tinggi
homocysteinuria
hyperventilation (nafas secara cepat kerana cemas / panik)
kurang / tidak subur
susah tidur
batu karang
kerap otot kejang
osteoporosis
paranoia (selalu rasa seperti sesuatu yang negatif akan berlaku bila-bila masa)
PMS (pre menstrual syndrome)
polycystic ovarian disease (sejenis penyakit ovari)
semasa kehamilan ( sejarah pra-eclampsia atau eclampsia, murung selepas bersalin, melahirkan anak yang dilanda penyakit cerebral palsy)
keresahan
tenaga ‘batin’ yang berkurangan
sesak nafas
hisap rokok
senang terkejut disebabkan bunyi bising
keadaan, perihal atau situasi yang tertekan

Secara am, faktor-faktor seperti kesibukan, stres, tidak jaga makanan seperti penggambilan makanan segera serta pencemaran udara / air / cahaya / bunyi semuanya mengakibatkan seseorang individu itu kekurangan magnesium.

Gaya hidup moden dan kesibukan kerja secara amnya akan mempengaruhi diet, masa rehat kita. Ianya memang bukan senang untuk mengelak ataupun mengurangkan faktor-faktor yang menyebabkan kita kekurangan Magnesium disebabkan cara kehidupan masa kini.

Namun, cara yang ternyata untuk kita mengatasi masalah ini adalah dengan menambah Magnesium ke dalam kehidupan harian kita. Ini kerana Magnesium merupakan sumber elemen yang melegakan badan dan minda kita selain peranannya dalam kesihatan kita secara keseluruhan. Dengan pengambilan Magnesium kita mampu menghadapi segala cabaran disamping menikmati kehidupan dengan lebih ceria!

Di bawah menunjukkan beberapa jenis makanan dan kandungan magnesium di dalam setiap jenis makanan tersebut.

bayam (1/2 cawan) = 80 miligram (mg)

mentega kacang tanah (2 sudu makan) = 50 mg

kacang bol (1/2 cup) = 45 mg

susu, rendah lemak (1 cawan) = 40 mg

Anda mahu kami di hubungi??



Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484

Shah Alam : 019-396 3678 /  03-55233505

Bangi : 03-8928 9334/ 016-225 9334

Nilai : 012-358 5949

Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698

Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561

WHATSAPP : 012-608 0159

WEBSITE : marissa-esthetic.com

FACEBOOK : Marissa Aesthetic

PM kami terus untuk maklumat lanjut >>

www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ

http://poliklinikpenawar.blogspot.com/2014/01/ozone-therapy.html

rawat luka dengan berkesan dengan kaedah laser.tidak perlu potong kaki

http://poliklinikpenawar.blogspot.com/2014/01/bioptron-therapy.html